Betapa pentingnya peranan geraksaraf dalam konteks hubungan tentera dan awam. Tentera perlu memainkan peranannya mendekati rakyat supaya hubungan dua hala akan terus terjalin erat. Dalam hal ini, warga Tentera hendaklah memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat bahawa institusi ketenteraan merupakan sebahagian daripada masyarakat di negara kita ini. Tentera dan masyarakat saling bekerjasama dalam membangun dan menjaga keamanan serta kemakmuran negara. Oleh itu, hubungan tentera dan awam akan terus dipertingkat dan dikekalkan supaya keyakinan dan penghormatan masyarakat terhadap institusi tentera akan dapat disemarakkan lagi. Justeru, program kesedaran, Jiwa Murni dan program promosi akan terus dilaksanakan agar Tentera sentiasa menjadi sebati dan sinonim dengan masyarakat. Adalah menjadi harapan agar pada penghujungnya nanti jelas kelihatan “tentera, rakyat itu bersama”.
No comments:
Post a Comment