Kalau dilihat dari sudut empat orang berkas tentera yang mewakili lebih kurang 90000 pegawai dan anggota ATM adakah satu nisbah yang boleh mengambarkan keputusan secara kolektif. 0.000044 % tak menggambarkan apa-apa, sekiranya dikatakan ATM mengamalkan amalan tersebut sejak sekian lama. Saya berpendapat mungkin pendedahan yang sama berkenaan pencabulan undi pos tentera akan lebih ramai sekurang-kurangnya berpuluh-puluh atau beratus yang buat kenyataan berkenaan rasa tidak puas hati atau sebagainya. Yang menjadi persoalan sekarang kenapa empat orang sahaja...cuba fikir-fikirkan. Sepatutnya selepas empat orang buat pengakuan, akan ade follower yang mengiakannya yang menyokong dan pendedahan demi pendedahan akan berlaku,,ini hanya empat orang pesara tu sahaja yang tampil beri keyataan.
Sebenarnya keputusan undian pos tentera tidak menggambarkan apa-apa jumlah undi pos secara kolektif dan tidak mampu merobah keputusan pilihanraya secara keseluruhannya kerana jumlah nya sedikit. Jadi sekiranya ada parti politik menuduh mereka tidak dapat memenagi pilihanraya disebabkan undi pos tentera yang dimanipulasi adalah tuduhan yang kurang tetap. Memanglah, setiap undi itu adalah penting ibarat 1 undi akan menggegarkan dunia. namun peratusan yang kecil tidak akan mempegaruhi keputusan keseluruhannya.
Diharap agar fitnah dan tomahan kepada pewira negara dihentikan bagi kepentingan bersama, tomahan dan dakyah negatif akan meruntuhkan moral wagra ATM itu sendiri. Kita nak tengok ke perpecahan dalam ATM, jadi sama-samalah kita pelihara negara ini bagi mengekalkan keamanan dan kedaulatannya. Sekiranya ada dakwaan perlu la dibuat ikut saluran yang betul, jangan sekali-kali buat laporan yang kurang tetap.
No comments:
Post a Comment