Tentera Darat (TD) merupakan tulang belakang pertahanan negara. Oleh yang demikian TD sedang mengambil beberapa langkah untuk menjadikannya sebuah organisasi yang kredibel, berkebolehan dan berdaya musnah. Ini amat diperlukan bagi membolehkan TD melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam perlbagai bentuk dimensi. Keadaan dunia yang tidak menentu, memerlukan TD sentiasa melatih anggotanya bagi mempertingkat tahap professionalisme yang tinggi mengikut struktur yang sedia ada. Paling utama adalah keupayaan TD dalam mempertahankan keselamatan negara seiring dengan peranannya sebagai benteng pertahanan negara.
Adalah jelas bahawa setiap anggota perlu berlatih dan mempertingkatkan kemahiran bagi menghadapi sebarang kemungkinan peperangan. Oleh yang demikian setiap anggota TD harus memperlengkapkan diri dan bersedia untuk mempertahankan tanahair dari sebarang bentuk ancaman.
Dari aspek kelengkapan dan peralatan pula, perlu digunakan secara maksimum. Masih terdapat ruang yang boleh diperbaikki kerana teknologi pertahanan sentiasa berubah-rubah. Kelengkapan pertahanan serta tahap professionalisme yang tinggi dikalangan anggota akan memperlihatkan kepada semua masyarakat bahawa TD adalah sebuah organisasi yang mantap dan berkeupayaan. Professionalisme adalah adalah satu tahap yang dituntut dan perlu ada pada setiap anggota TD. Professionalisme yang tinggi memerlukan satu asas yang utama iaitu nilai-nilai murni dalam kehidupan harian. Nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh setiap anggota tentera dengan jujur, amanah dan ikhlas di dalam perlaksanaan tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Melalui latihan yang sistematik dan berkesan, TD berupaya melahirkan generasi tentera yang professionalisme sejajar dengan bidang tugas dan kepakaran mereka dalam menjadikan TD sebuah organisasi yang disegani dan digeruni oleh masyarakat umum mahupun musuh. Sememangnya TD amat menekankan aspek ini kerana telah termaktub bahawa tugas utama tentera diwaktu aman adalah berlatih untuk berperang.
Di dalam menghadapi era pembangunan dan juga cabaran-cabaran persekitaran yang bakal dihadapi, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh setiap anggota TD. Perjuangan dan curahan bakti merupakan sesuatu yang berterusan. Sebagai anggota tentera, setiap anggota perlu beriltizam untuk membentuk peribadi dan akhlak yang baik serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti. Ini amatlah perlu untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan TD untuk mempertahankan negara. Oleh yang demikian setiap anggota perlu memikul tanggungjawab diamanahkan iaitu mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment