Akujebatxxx.
Kerajaan membuat satu keputusan yang bijak dengan memberi ruang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja sama dalam melahirkan anggota-anggota keselamatan yang berpontesi tinggi dan sentiasa disanjung tinggi, dihormati dan dapat menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara dengan berkesan. Kerjaya ATM dan PDRM merupakan tiang seri kepada negara sebab itulah ia harus dijaga, dipertahan, disokong dan didukung. Ini terbukti apabila seramai 2,107 perajurit muda,termasuk 194 anggota wanita dan 984 orang konstabel polis berjaya menamatkan Perbarisan Tamat Latihan Perdana ATM-Polis, yang julung kali diadakan di negara itu.
Latihan bersama yang julung kali diadakan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan titik permulaan kepada kerjasama lebih erat dan padu antara dua pasukan keselamatan itu demi memelihara keamanan dan keharmonian negara.
Latihan bersama ATM-PDRM itu merupakan ilham Perdana Menteri sendiri, kejayaan latihan bersama itu juga membuktikan kedua-dua pasukan telah mengatasi cabaran utama strategi Lautan Biru, iaitu mendapatkan hasil yang maksimum dengan input yang minimum dan wang rakyat dapat dijimatkan.
Bukan mudah untuk mengadakan latihan bersama seperti ini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi sokongan yang penuh tampa berbelah bagi di atas strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan ini. Manfaat dari kerjasama ini telah dapat kita lihat, negara akan dapat keuntungan, pihak polis akan mencapai objektifnya untuk mengurangkan kadar jenayah, pihak tentera akan dapat kesan daripada pulangan seperti hasil tambahan kepada mereka dan kita sebagai rakyat dapat hidup dalam keadaan amam harmoni.
Anggota tentera dan polis juga hendaklah sentiasa menjaga disiplin dan tatasusila sebagai anggota keselamatan yang sejati supaya sentiasa disanjung tinggi dan dihormati. Masyarakat secara umumnya amat mengambil berat dan menaruh kepercayaan penuh terhadap kredibiliti ATM dan PDRM yang mana bukan sahaja untuk pertahanan negara tetapi juga anggota-anggotanya sebagai ‘role model’ kepada anak-anak remaja yang sedang mencari dan membina jati diri. Ini adalah kerana imej dan penampilan yang ditunjukkan oleh setiap anggota tentera dan polis mempamirkan kekentalan disiplin yang mana menzahirkan produktiviti yang dihasilkan oleh ATM dan PDRM keseluruhannya.
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah merasa bersukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman harmoni dengan adanya pasukan keselamatan seperti ATM dan PDRM yang setiasa memastikan negara kita ini selamat dari anasir-anasir yang boleh mengugat keamanan negara. Kita juga perlu berbangga, ini kerana Malaysia merupakan contoh baik kepada dunia mengenai bagaimana untuk hidup secara aman harmoni walaupun penduduknya berbilang kaum dan berlainan agama dan budaya.
Bersama-samalah kita memelihara keamanan negara dengan memberi sokongan padu yang tidak berbelah kepada ATM dan PDRM bagi memelihara keamanan dan keharmonian negara seterusnya mempertahankan kedaulatan negara.
Sekian, terima kasih…
No comments:
Post a Comment