Akujebatxxx.
Sebagaimana yang kita tahu, ketenteraan di dalam sesebuah negara adalah amat penting. Ketenteraan diletakkan sebagai tulang belakang sesebuah negara. Pentingnya ketenteraan di dalam sesebuah negara boleh dilihat dari kurun ke-7 masihi lagi, apabila Islam muncul pada tahun 622 di Semenanjung Arab apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. dan ketika itu tentera menjadi nadi utama sesebuah negara.
Berbagai perperangan telah berlaku ketika itu bagi membentuk kerajaan masing-masing. Masihkah kita ingat sejarah Perang Dunia Kedua iaitu satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Cuba kita bayangkan sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai ketenteraan dan kita berada diketika itu, bertapa sensaranya di mana nyawa kita sentiasa diambang maut, hidup melarat ke sana-sini, keluarga entah ke mana dan berbagai kesensaraan yang kita tempuhi, ketika itu mati adalah lebih baik. Dimasa ini, peperangan masih juga berlaku dimana negara barat masing-masing mahu menunjukan kekuatan dan keangkuhan bagi melepaskan dendam mereka.
Walaupun ketika ini rantau Asia Tenggara kini tampak aman daripada sebarang ancaman berbentuk tradisional, namun beberapa isu dalaman serta luaran dilihat mampu mencetuskan konflik. Oleh yang demikian, kita tidak boleh sekali-kali leka dibuai oleh keamanan yang dikecapi pada hari ini. Dimasa yang sama terdapat juga aktiviti-aktiviti berbentuk jenayah seperti aktiviti lintas sempadan, ketenteraman awam, keganasan, akibat pasca bencana alam serta gejala-gejala sosial termasuk politik mampu menggugat kestabilan negara serta mendedahkannya kepada campurtangan asing.
Oleh itu, melalui Arahan-Arahan Majilis Keselamatan Negara Angkatan Tentera Malaysia merupakan agensi utama dalam semua tindakan berkaitan. Ini adalah demi kepentingan agama, bangsa dan negara, selain terus mempergiatkan peranan sekunder agar Angkatan Tentera Malaysia tetap peka terhadap situasi semasa serta dipandang relevan dari kacamata masyarakat khususnya.
Di sini kita dapat melihat bertapa pentingnya ketenteraan di dalam sesebuah negara. Kita juga tahu ketenteraan adalah sebagai tulang belakang sesebuah negara yang kita perlu hormati dan sanjungi tampa ketenteraan tumbanglah negara itu. Justeru itu, marilah kita sama-sama berganding bahu demi kepentingan agama.
Memilih kerjaya sebagai anggota tentera bukanlah satu pilihan terakhir lagi, kini kerjaya dianggap pilihan utama di kalangan rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan sambutan menggalakkan daripada program pengambilan anggota tentera di seluruh negara. Banyak pemohon jika tidak berjaya dalam usaha pertama tidak akan teragak-agak untuk mencuba buat kali kedua dan ketiga di tempat lain. Bahkan ramai bekas tentera di kalangan ibu bapa kini menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai angkatan tentera dan yakin kerjaya itu menawarkan masa depan yang lebih baik.
Sekian, terima kasih…
No comments:
Post a Comment